Khamis, 7 Mei 2015

FILEM AKSI YANG DITERBITKAN OLEH WHITE MERPATI ENTERTAINMENT. 4 JUN 2015.










Sinopsis Darah Panas
Darah Panas mengisahkan Syahana, seorang gadis yang berpegang pada agama, namun bercita-cita menjadi seorang model muslimah kerana terpengaruh dengan video di laman sosial. Syahana berkenalan dengan Fandi melalui laman sosial dan meminta bantuan Fandi bagi mencapai cita-citanya.

Syahana menyatakan hasrat kepada keluarganya, namun ditentang ayah dan abangnya. Syahana tetap mahu meneruskan cita-citanya, lalu mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Setibanya di ibu kota, Fandi membawa Syahana ke dunia pelacuran. Syahana tidak sangka nasibnya jadi begitu. Cicak, ketua rumah pelacuran turut terbabit dalam sindiket dadah. Cicak membeli Syahana daripada Fandi. Adi bekerja di bawah Kumpulan Cicak, namun dia seorang yang menghormati wanita Islam.


Darah Panas sarat dengan pergolakan hidup anak kota, isu yang diketengahkan berlaku tanpa disedari. Darah Panas adalah filem kelima terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd.



ADEGAN DAN AKSI DALAM FILEM 
"DARAH PANAS"


































PELAKON-PELAKON FILEM DARAH PANAS










PELAKON:Sharnaaz Ahmad, NurFathia Latif, Sofi Jikan, Adam Corrie dll..